Sunday, 5 March 2017

KECEKAPAN TENAGA


DEFINISI

Kecekapan tenaga bermaksud kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemah dan bijak. Amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan pembaziran.


PENGENALAN

     Suruhanjaya Tenaga (ST) adalah merupakan badan yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan mengawal setia program perlabelan cekap tenaga.

    Program perlabelan cekap tenaga ini bertujuan untuk mengalakkan industri untuk menghasilkan barang elektrik yang menjimatkan tenaga.


Antara label cekap tenaga.
Logo berserta pengertiannya
Label ini bertujuan untuk memberi maklumat yang lebih terperinci dalam memantu pengguna membuat pilihan terhadap barang elektrik yang cekap tenaga.

FAEDAH KECEKAPAN TENAGA


1. Kos :
    - Pengurangan kos tenaga akan membawa kepada kos pengurusan operasi yang sedikit.
    - Untuk mengurangkan perbelanjaan.

2. Perlindungan alam sekitar :
    - Pengurangan pencemaran udara dan persekitaran yang lebih bersih.
    - Pengurangan pengeluaran karbon yang menyumbang kepada pemanasan global.
    - Mengurangkan penggunaan bahan api fosil(gas dan arang batu).
  - Untuk memelihara alam sekitar yang merupakan satu-satunya warisan kita untuk generasi akan datang.

3. Keselamatan bekalan :
    - Kurang loji jana kuasa, penghantaran dan menaik taraf sistem pengagihan dan pembinaan.

SEBAB-SEBAB KECEKAPAN TENAGA PENTING


1. Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui semakin menyusut kerana pengguanaanya yang berterusan dan meluas.
2. Akibat masalah penyusutan sumber tenaga. Kita mesti mencari sumber tenaga alternatif.
3. Mengelakkan pembaziran tenaga melalui amalan yang teliti dan bijaksana.
4, Menghasilkan bahan api baru seperti alkohol daripada hampas tebu dan diesel daripada sisa kelapa sawit.
5. Menggunakan pengetahuan saintifik dan teknologi untuk meingkatkan kecekapan penggunaan tenaga dalam kenderaan dan mesin.



CARA-CARA PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN TENAGA YANG CEKAP

1. Mengurangkan penggunaan diesel, petroleum dan bahan yang tidak boleh di perbaharui.
2. Gunakan kereta hybrid.
3. Gunakan tenaga solar sebagai sumber tenaga.
4. Gunakan sumber yang boleh diperbaharui.
5. Gunakan peralatan elektrik dengan berhemah.